Mencari Damai Yang Hilang

Kita anak Adam berkongsi kegembiraan, kesedihan & kedamaian

 
QUDWAH HASANAH

HERO MALAYA

MURABBIKU
MALAYSIA HARI INI
HALWA TELINGA
KEMBALIKAN KEAMANAN DI BUMI MALAYSIA!!!
Sunday, July 26, 2009





posted by Rosairulasrul @ 2:44 AM   0 comments
ORANG DATO NIK KAH?????
Sunday, July 19, 2009
Dua minggu lepas aku mengalami satu kemalangan kecil semasa balik dari kerja. Tak silap aku, hari selasa lebih kurang pukul 8.30 malam. Ketika itu, hujan renyai-renyai. Kapcai aku merempuh sebuah kereta yang dipandu brader india bersama pasangannya berdekatan tol sg. Besi. Terpening lalat juga aku apabila terjatuh selepas melanggar sisi belakang keretanya. Sampai sekarang aku tidak dapat menjawab persoalan apa kerosakan yang berlaku pada keretanya apabila ditanya oleh kawan-kawanku. Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat berkenaan apa yang berlaku pada malam tuh. Ye la aku rasa bukan penting pun cerita ini berbanding cerita kemenangan pas di manek urai, kematian mengejut setiausaha politik exco negeri selangor di bangunan SPRM mahupun himpunan besar-besaran menuntut pemansuhan ISA yang akan dianjurkan pada 1 Ogos 2009 ini.

Ok, berbalik kepada kisah kemalangan yang menimpa aku tu. Selepas aje terjatuh aku semacam tidak mampu untuk berdiri, kepeningan. Ketika itu la datang brader tersebut bersama beberapa org lain memapah aku ke tepi. Masa tu aku dah tak boleh fikir dah. Sakit + terkejut. Brader India tersebut memapah aku ke keretanya untuk di bawa ke hospital serdang. Masa dalam kereta barulah aku semacam tersedar & boleh berfikir dgn waras  . aku terus meminta maaf pada brader India tuh. Yela…aku salah. Yang aku g rempuh kereta dia tu apesal. tapi brader tuh relaks je…tak marah pun. Katanya, yang penting aku selamat. Usah risau pasal keretanya. Pandai lah nanti dia baiki. Tapi yang paling aku terkejut ialah bilamana dia aku asal dari mana. Aku jawablah dari KELATE. Tau apa responnya? YOU ORANG DATO NIK KAH? ITU MURSYIDUL AM (Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, MB Kelantan)….erm…aku terus mengangguk. Ya!!! Tak semena – mena di hulurnya aku not RM100. Bagus!!! you ambik duit ni, buat baiki motor you. Jangan risau pasal kereta saya. Awak tak payah bayar apa-apa. Masya Allah! Aku sangat terkejut. Seorang India begitu baik terhadap aku, seorang melayu. Malah yang mengagumkan aku, dia mengenali dengan dekat TGNA serta mengagumi kehebatan dan ketokohan TGNA. Subhanallah…aku yakin, slogan PAS FOR ALL akan berjaya direalisasikan sepenuhnya jika semakin ramai orang seperti TGNa dapat dilahirkan PAS di persada politk tanah air. Disanjungi oleh semua kaum & agama dan digeruni lawan. Allah Akbar!!!
posted by Rosairulasrul @ 1:46 AM   0 comments
About Me

Name: Rosairulasrul
Home: Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: Aku anok kelate yang menumpang di negeri orang. merupakan bekas pelajar SMKA Falahiah, Pasir Pekan sebelum merantau ke matrikulasi Kuala Pilah sehingga menggenggam ijazah sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di UKM. Namun, hatiku belum tenang...selagi belum kutemu damai yang hilang...........
See my complete profile
Masa Itu Emas
BERITA BANGI
Previous Post
Archives
Jadual Kehadiran

Powered by

BLOGGER

© 2005 Mencari Damai Yang Hilang Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures