Mencari Damai Yang Hilang

Kita anak Adam berkongsi kegembiraan, kesedihan & kedamaian

 
QUDWAH HASANAH

HERO MALAYA

MURABBIKU
MALAYSIA HARI INI
HALWA TELINGA
AKU PEMIMPIN?
Thursday, June 18, 2009


Aku pemimpin

Aku disukai ramai

Aku dibenci ramai

Namun, Aku menang bergaya?


Aku pemimpin

Aku diburu ramai

Aku ditiru ramai

Namun, aku celarukan ramai?


Aku pemimpin

Kataku didengar

Cakapku ditaat

Namun, siapa kutaat?


Aku pemimpin,

Diriku menjadi rujukan

Sikapku dijadikan ikutan

Namun, siapa ikutanku?


Aku pemimpin

Kuasaku untuk Agama

Kuasaku untuk rakyat

Namun, kulakukan apa untuk mereka?


Aku pemimpin

Hidupku untuk Agama

Matiku untuk Agama

Namun, kesudahanku?

Untuk apa?

Untuk siapa?


Nukilan : Al Fakir Abdullah Ismail

9.15 malam, Teratak Bangi

posted by Rosairulasrul @ 6:25 AM   0 comments
HERO MALAYA CATAT SEJARAH LAGI!!!
Monday, June 15, 2009

Hari ini tanggal 15 Jun 2009, MB RAKYAT, YB Ir Nizar Jamaluddin terus mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi MP PERTAMA DI DUNIA DIHALAU KELUAR PARLIMEN hanya selepas kurang 5 MINIT mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Beliau dihalau keluar oleh Speaker kerana menjerit perkataan HIDUP RAKYAT BUBAR DUN PERAK dan memakai lilitan kepala tertulis BUBAR DUN. Maka, sekali lagi sejarah tercipta oleh ikon pejuang demokrasi malaysia masa kini!!!

Mungkin ramai yang akan beranggapan bahawa tindakan beliau hanyalah untuk menagih populariti dikala kuasa sebagai MB sudah tiada di genggaman. Namun, bagi saya beliau adalah pejuang demokrasi tulen!!! apa yang diperjuangkan beliau adalah hak rakyat yang memilih dirinya & wakil rakyat PR yang lain. hak rakyat yang mahukan keadilan sepertimana yang telah Islam ajarkan, bukan keadilan versi UMNO-BN yang penuh dengan tipu daya, rasuah, kronisme, politik wang dll. Perjuangan beliau perlu kita dokongi bersama. HIDUP YB NIZAR!!!

HIDUP HIDUP HIDUP RAKYAT, BUBAR BUBAR BUBAR DUN PERAK. TAKBIR!!!


posted by Rosairulasrul @ 3:56 AM   0 comments
SISTERS IN ISLAM - Apa tindakan & pandangan kita???
Friday, June 12, 2009
Assalamualaikum wbt...

SALAM IKHLAS PENUH UKHUWAH.

Pasca muktamar PAS kali ke 55 mempopularkan kembali Sisters In Islam (SIS) dalam kamus kehidupan masyarakat muslim & non-muslim di Malaysia bilamana adanya usul dari perwakilan PAS supaya pertubuhan berfikiran "liberal" & "sekular" ini disiasat dan diharamkan oleh pihak berwajib. Saya tidak ingin mengulas lanjut ttg usul ini tetapi lebih kepada mahu mendedahkan apa yang tersirat di hati berkenaan arah tuju perjuangan SIS yang "bertopengkan" nama ISLAM. Nampak seperti saya anti mereka sehingga menuduh mereka "bertopengkan" nama ISLAM YANG SUCI. tetapi itulah hakikatnya yg terpaksa diterima kita semua. mereka menggunakan nama Islam pada pertubuhan mereka tetapi merekalah JUARA dalam menolak kesucian & kesyumulan syariat Islam dalam kehidupan.

Antara kenyataan2 SIS yang jelas bertentangan dgn Islam :

1. MENAFIKAN HUKUM YG TELAH JELAS DLM AL QURAN :

" oleh krn itu soal yg pernah ditangani di dlm masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang2 sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dlm undang2 keluarga Islam" : SIS, NST 10hb January 2009

ULASAN : mereka menolak sepenuhnya kebenaran berpoligami yg telah Allah nukilkan dalam surah An Nisa ayat 3
( Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman )

2.
ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SAHAJA TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG KEILMUANNYA

" Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. oleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata" : Zainah Anwar, Utusan Malaysia, 26hb September 2000

ULASAN

sewajibnya mereka yang mahu menafsirkan ayat2 Al Quran perlu memenuhi syarat2 tertentu sebelum boleh menafsirkannya. isu siapa yang layak untuk menafsirkan serta berijtihad terhadap ayat-ayat suci Allah & As sunnah sgt diperhalusi & dititikberatkan dalam tradisi keilmuan Islam. berdasarkan syarat2 yg amat teliti, seorang mufassirin (ahli pentafsir Al Quran) & mujtahid (seorg yg berkelayakan melakukan ijtihad bagi mengeluarkan hukum dari Al Quran & Al hadith) perlu memenuhi kriteria tertentu seperti menguasai bahasa arab, menguasai 'Ulumul Quran', 'ulumul Hadith', usul al fiqh dan sebagainya. juga seharusnya seorang mufassirin & mujtahid itu memenuhi ciri-ciri seorang 'Faqih' bagi menentukan hukum dan dikategorikan sbg seorang yg soleh serta sentiasa benar dlm berkata-kata & tingkah laku. Maka, tidak semua muslim berkelayakan untuk menjadi mufassirin & mujtahid itu terutama sekali yang TIDAK MENUTUP AURAT seperti ketua SIS yang bernama Zainah Anwar ini!!!


Kesimpulan

di atas ini hanyalah cebisan kecil pemikiran yang dibawa oleh SIS yang amat bertentangan dgn Islam yang syumul. walaupun terlalu banyak serangan pemikiran yang dibawa mereka kpd orang islam terutama golongan wanita, saya lebih bersetuju dengan pendapat YB Zulkifli Nordin supaya pertubuhan mereka tidak diharamkan tetapi dibuat tindakan2 seperti yg disyorkan oleh YB dalam artikel di bawah. terima kasih

kenyataan akhbar dari Tuan YB zulkiflki Nordin berkenaan isu SIS :

http://zul4kulim. blogspot. com/2009/ 06/sisters- in-islam. html

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM B.BHARU

Saya merujuk kepada usul Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam (yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad) yang diluluskan didalam Muktamar Agong PAS ke 55 baru-baru ini yang mendesak supaya kumpulan yang dikenali dengan jenama Sisters in Islam dibatalkan dan ahli-ahlinya dihantar untuk pemulihan di mana-mana pusat pemulihan untuk dipulihkan..

Saya percaya usul ini dibuat berdasarkan keprihatinan serta kebimbangan PAS atas tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan kumpulan ini yang dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaupun saya menghormati hak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini memang sangat mengelirukan dan boleh menjejaskan aqidah dan bercanggah dengan syariat dan perundangan Islam. Tindakan mereka menyokong dan bersekongkol dengan NGO bukan Islam menyokong permohonan murtad oleh Azilna Jailani @ Lina Joy, tindakan dan kenyataan mereka menyokong tindakan wanita Amerika Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat, kenyataan mereka mempertikaikan hukum faraid berkaitan wanita Islam memperolehi satu bahagian sedang lelaki mendapat dua bahagian, kenyataan mereka mempertikaikan hukum menutup aurat bagi wanita, kenyataan mereka mempertikaikan hukum mengharuskan lelaki Islam berkahwin tidak melebihi empat dan banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaubagaimana pun saya percaya membatalkan atau mengharamkan kumpulan tersebut adalah bukan langkah yang berkesan.

Ini kerana tindakan mengharamkan kumpulan tersebut akan hanya melahirkan simpati berlebihan kepada kumpulan ini. Ianya juga akan dijadikan modal oleh golongan berfikiran sempit untuk memperlekehkan Islam.

Saya berpendapat tindakan yang lebih wajar adalah saperti berikut:

1. Melarang dan membatalkan penggunaan nama ISLAM pada kumpulan ini. Ini adalah kerana nama ISLAM yang digunapakai oleh mereka memberi gambaran dan persepsi seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Islam atau mewakili suara Islam.
Sesiapa pun boleh bercakap mengenai Islam (tertakluk kepada batas-batasnya) , tetapi tiada siapa berhak bercakap bagi pihak Islam (melainkan mereka yang berautoriti saperti para ulama', mufti dan lain-lain).
Tambahan pula kumpulan ini bukanlah sebuah badan NGO yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan. Sebaliknya ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Akta Syarikat dengan nama SiS Forum Sdn. Bhd. Kalau dilihat sebenarnya namanya langsung tiada kaitan dengan Islam tetapi mereka memukul canang keliling dunia mendabik dada mereka adalah Sisters in Islam.
Pada saya tindak-tanduk kumpulan ini adalah mengelirukan orang ramai termasuk bukan Islam kerana mereka menyalahgunakan label Islam walhal nama pendaftaran mereka pun tidak begitu. Malahan saya mencadangkan supaya kumpulan ini menukar nama mereka kepada Ikatan Wanita Kosmpolitan (atau singkatannya IWK) agar sesuai dengan imej mereka yang kebanyakkannya tidak bertudung dan ada yang belum berkahwin pun. Bagaimana mereka nak bercakap tentang hak wanita dan soal perkahwinan Islam sedang mereka sendiri tidak mematuhi dan melaksanakan syariat Islam yang terlalu asas!

Oleh itu saya mendesak agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia melarang atau membatalkan penggunaan label Islam oleh kumpulan ini.

2. Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini serta apa-apa lapuran polis yang telah dibuat terhadap mereka. Sekiranya ujud sebarang kes prima facie, tindakan pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu daripada kumpulan ini perlu diambil termasuk menurut Seksyen 299A Kanun Kesiksaan.

3. Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini dan mana-mana individu dikalangan mereka yang didapati melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa kenyataan yang menjadi kesalahan mengikut mana-mana peruntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengadakan muzakarah membincangkan tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kumpulan ini atau mana-mana individu dikalangan mereka. Sekiranya ternyata perbuatan atau kenyataan mereka didapati sesat atau bercanggah dengan aqidah, syariat atau perundangan Islam, maka mereka hendaklah dipanggil memberi penjelasan. Sekiranya mereka gagal dan atau ingkar setelah diberi peluang, maka Majlis Fatwa hendaklah mengkaji untuk mengisytiharkan kesesatan mereka sebagaimana yang telah dilakukan terhadap kumpulan Al Arqam, Kumpulan Ayah Pin dan lain-lain.

5. Saya juga mendesak supaya kumpulan ini menghentikan kegiatan mereka memperkudakan anak-anak perempuan pimpinan UMNO dalam usaha mereka mengetengahkan kehebatan kumpulan mereka. Saya khuatir penggunaan anak-anak perempuan pimpinan UMNO ini akan melemahkan semangat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini. Saya juga menasihatkan anak-anak pimpinan UMNO ini supaya memahami kedudukan dan nama ayah mereka akan terbabit dan terpalit dengan kegiatan kumpulan ini.

5. Bagi PAS pula, saya percaya langkah terbaik yang boleh dibuat oleh PAS ialah dengan mengadakan pertemuan bersemuka dengan kumpulan ini. Dengan begitu ramai para ulama', 'ilmuan, da'i, ustadz dan lain-lain didalam PAS, saya percaya tidak mejadi masalah untuk PAS mengadakan dialog atau muzakarah dengan kumpulan ini. Ini adalah suatu jihad yang besar, malahan ianya akan menjadi suatu modal politik yang besar kepada PAS jika berjaya menjinakkan kumpulan ini dan membawa mereka kembali kepangkal jalan.

Sekian.

Wassalam dan jazakallah.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1430
09 Jun 2009



posted by Rosairulasrul @ 10:17 PM   0 comments
Salam Perkenalan
Saturday, June 6, 2009
Assalamualaikum wbt...

SALAM IKHLAS PENUH UKHUWAH

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ku menulis di blog sendiri ;-) Terasa puas dapat menyusun jari jemari menaip luahan, perasaan serta pendapat hati diruang tanpa had ini. Sudah lama terbenam perasaan ingin mempunyai blog sendiri sebagai wadah dan tempat untuk diriku yang kerdil ini melemparkan pandangan/pendapat jua pengalaman diri sebagai tatapan bersama. Namun, kekuatan untuk menulis tidak hadir pada diri ini sehinggalah hari yang bersejarah ini. bersejarah? iye..bersejarah untuk diriku walaupun bukan untuk orang lain.

Yup, mungkin tulisan ini tidak menarik minat sesiapa & tidak sehebat bloggers lain yang sudah lama bergelumang dengan dunia cyber tanpa batasan ini, namun bukan itu yang ku pentingkan kerna aku menulis bukan kerna nama. aku menulis bukan untuk memberi...tetapi untuk mencari ...mencari damai yang hilang!!!!

Salam Perkenalan,
Asrul al kelantani
posted by Rosairulasrul @ 6:11 AM   0 comments
About Me

Name: Rosairulasrul
Home: Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
About Me: Aku anok kelate yang menumpang di negeri orang. merupakan bekas pelajar SMKA Falahiah, Pasir Pekan sebelum merantau ke matrikulasi Kuala Pilah sehingga menggenggam ijazah sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di UKM. Namun, hatiku belum tenang...selagi belum kutemu damai yang hilang...........
See my complete profile
Masa Itu Emas
BERITA BANGI
Previous Post
Archives
Jadual Kehadiran

Powered by

BLOGGER

© 2005 Mencari Damai Yang Hilang Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures